Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, tokoh bermaksud rupa atau keadaan yang tampak padazahirnya, bentuk dan sifatnya. Bentuk badan atau keadaan badan, susuk tubuh, perwatatakan,gaya,lagak orang yang kenamaan (dalam bidang politik,kebudayaan,agama,orang yang terkemuka atau penganjur).
Islam pula bermaksud agama yang di smapaikan oleh nabi Muhammad, menjadi orang yang beragama islam, mempunyai rukun yang terdiri daripada 5 perkara yang wajib dan diamalkan oleg setiap umat Islam. Islam kerana keturunan.
Dakwah bermaksud kegiatan menyeru dan menyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.berpatuh pada ajaran agama Islam dengan lebih sempurna.
Tokoh Islam pula bermaksud seseorang yang mempunyai perwatakan, gaya dalam bidang keagamaan dan menjadi ikutan setiap orang sebagai “role model”.
Ilmu adalah sesuatu yang dituntut dalam islam. Tokoh yang saya pilih ini amat menyintai ilmu sejak kecil lagi dan gemar mencari ilmu walaupun terpaksa bersusah payah.
Kerjaya sebagai pendidik mengajar Puan Bushrodina erti kehidupan. Banyak pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang khidmatnyer sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Kedah bermula pada tahun 2004.