Saturday 26 February 2011

ASSIGNMENT CTU 151


DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN 
PENSYARAH CTU 151

DISEDIAKAN OLEH :
NUR SHAFIQAH BT. SHA’RANI
NO MATRIKS :
2010856914
KUMPULAN :
ASD2Dn
PROGRAM : 
DIPLOMA SAINS
TARIKH HANTAR : 
28 FEBRUARI 2011
Tajuk : Kisah Seorang Pendidik
1.    Isi Kandungan
2.    Abstrak
3.    Pendahuluan
4.    Latar belakang Pendidik
5.    Peranan di sekolah
6.    Cabaran di hadapi
7.    Harapan
8.    Penutup
9.      Bibliografi

Abstrak

Abstrak

Hidup ini penuh dengan onak duri yang memaksa kita sebagai insan untuk menjadi lebih kuat dan tabah  Saat perjalanan dalam kehidupan ini adalah pencarian hakikat diri. Justeru, gunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk memuhasabah , mentarbiyyah, dan memperbaiki diri, moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu. Yakinlah dengan ganjaran Allah di SANA nanti. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat diri kita. Pada abad millennium ini, banyak masalah yang berlaku terutamanya di kalangan remaja. Oleh itu, para pendidik dan pendakwah serta masyarakat perlu memainkan peranan dalam menghadapi situasi ini. Ramai remaja yang telah terpesong dari ajaran agama Islam yang sebenar. Faktor-faktor ini telah mendorong saya untuk menjadikan Puan Bushrodina bt. Taib sebagai tokoh yang banyak memainkan peranan dalam mengatasi masalah remaja. Bukan senang untuk semua ini tapi dengan semangat dan sokongan dari pelbagai pihak membuatkan beliau meneruskan usaha yang murni ini.
Seperti frman ALLAH yang bermaksud “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,serta melarang daripada segala yang salah(buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang – orang yang berjaya.(Surah ali Imran:104)  

Pendahuluan


Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, tokoh bermaksud rupa atau keadaan yang tampak padazahirnya, bentuk dan sifatnya. Bentuk badan atau keadaan badan, susuk tubuh, perwatatakan,gaya,lagak orang yang kenamaan (dalam bidang politik,kebudayaan,agama,orang yang terkemuka atau penganjur).
Islam pula bermaksud agama yang di smapaikan oleh nabi Muhammad, menjadi orang yang beragama islam, mempunyai rukun yang terdiri daripada 5 perkara yang wajib dan diamalkan oleg setiap umat Islam. Islam kerana keturunan.
Dakwah bermaksud kegiatan menyeru dan menyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.berpatuh pada ajaran agama Islam dengan lebih sempurna.
Tokoh Islam pula bermaksud seseorang yang mempunyai perwatakan, gaya dalam bidang keagamaan dan menjadi ikutan setiap orang sebagai “role model”.
Ilmu adalah sesuatu yang dituntut dalam islam. Tokoh yang saya pilih ini amat menyintai ilmu sejak kecil lagi dan gemar mencari ilmu walaupun terpaksa bersusah payah.
Kerjaya sebagai pendidik mengajar Puan Bushrodina erti kehidupan. Banyak pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang khidmatnyer sebagai guru di Sekolah Menengah Agama  Sungai Petani, Kedah bermula pada tahun 2004.

Isi Kandungan

Isi kandungan
Latar belakang tokoh
Nama penuh beliau ialah Bushro dina bt. Taib. Beliau berumur 36 tahun dan dilahirkan pada 15 Jun 1975. Beliau berasal dari kampung Batu Hampar, Merbok, Kedah.  Beliau anak keempat dari lapan adik-beradik. Status beliau kini telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Beliau seorang yang periang dan sukakan kanak-kanak. Beliau juga memintati matapelajaran bahasa arab sejak di bangku sekolah lagi.

Di sinilah bermula kehidupan beliau di mana beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar, Merbok, Kedah hingga darjah 6. Dengan berbekalkan keputusan UPSR yang baik, beliau menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Kedah sehingga tingkatan 6. Semasa di sekolah menengah, beliau banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dakwah dan kegiatan sosial. Beliau juga banyak mewakili pertandingan debat bagi meluaskan pengetahuannya yang sedia ada. Kenangan yang paling beliau tidak dapat lupakan ialah ketika beliau bersama rakan-rakannya mengikut rombongan ke rumah warga tua, di situ beliau banyak belajar erti kehidupan dan jadikan mereka sebagai perangsang dalam hidup beliau. Di samping itu, beliau amat meminati bahasa arab. Beliau juga menyertai pertandingan seperti syarahan dan debat dalam bahasa arab. Beliau sentiasa mendapat sokongan dan dorongan dari ahli keluarga, kawan-kawan dan guru-guru.
Oleh kerana, meminati matapelajaran tersebut, selepas STPM beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Insaniah Kedah mengambil diploma bahasa arab selama 3 tahun. Kemudian, beliau menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda bahasa arab di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sekarang beliau bertugas pendidik di Sekolah Menengah Agama Sungai Petani, Kedah pada tahun 2004 sehingga kini. Beliau juga bercita-cita untk menyambung pelajaran ke peringkat master jika diberi peluang.
Ciri-ciri guru

1.    Guru perlu bersikap intelek.
2.    Berkualiti dari segi fizikal dan mental.
3.    Minat dalam membaca.
4.    Memperkukuhkan penguasaan dalam bahasa inggeris.
5.    Mempertingkatkan pengetahuan tentang  ICT. Penting untuk guru dan pelajar.
6.    Menguasai kemahiran berkomunikasi dan mempunyai etika yang baik.
7.    Melibatkan diri dalam aktiviti sosial, terutamanya yang berunsur keagamaan.
8.    Bersikap professional dan menampilkan imej yang berwawasan sebagai pendidik.
9.    Berupaya menarik minat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan minda pelajar cemerlang.
10. Berupaya membentuk akhlak, moral diri dan sahsiah pelajar dengan keteguhan nilai diri.
(sumber dari hasil temu ramah dengan Pn.Bushrodina)
Peranan seorang pendidik
Guru diharap mengetahui serba sedikit tentang keadaan yang berlaku di dunia dan perlu memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang berkesan. Pendidik mempunyai berbagai peranan dalam menyokong pembinaan Negara bangsa. Ini adalah kerana peranan guru memberi impak yang sangat besar pada Negara dan juga remaja. Antara peranan pendidik ialah mengambil tahu keadaan di sekeliling teruramanya kegiatan yang dilakukan oleh pelajar. Selain itu, pendidik turut menerapkan nilai-nilai murni dalam pelbagai aspek terutamanya aspek perpaduan. Sebagai contoh, Bushro dina menganjurkan kem motivasi dan inovasi di sekolah beliau. Tujuannya adalah unutk menyedarkan para remaja tentang penting nya perpaduan dan memberi kata-kata semangat kepada remaja untuk teruskan perjuangan dan terapkan nilai-nilai islam yang sebenar. Di sekolah, beliau aktif dalam badan kaunseling di kalangan para pelajar dan banyak terlibat dalam menyelesaikan masalah pelajar. Selain itu, beliau banyak terlibat dalam aktiviti social bersama badan-badan kerajaan. Beliau akan pastikan setiap aktiviti yang dijalankan memberi manfaat kepada pelajar-pelajarnya. Bushrodina sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajarnya dan sentiasa mengingatka pelajarnya sentiasa mengingati ALLAH serta jadikan islam sebagai panduan hidup. Sikap ini yang perlu dipupuk dalam diri pelajar ataupun sesiapa pun agar hidup sentiasa berada dalam rahmat-NYA dan teratur. Kebanyakan program yang beliau anjurkan sangat memberi kesan  kepada pelajar tambahan pula beliau selalu menjemput penceramah luar yang hebat dan terkenal. Guru juga perlu memainkan peranan Sebagai ahli eksperimen untuk mengetahui hasil-hasil penyelidikan melakukan ujikaji dengan mencuba sesuatu inovasi dalam pengajaran. Guru juga perlu memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik dan guru perlu juga memahami pelajar-pelajar dalam kelasnya. Bushro banyak memberi penerapan dan kata-kata semangat yang berunsur keagamaan kepada pelajarnya agar mereka menpunyai mentality yang baik untuk berfikir secara kreatif dan bertamadun.

Cabaran yang dihadapi.
Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. Oleh kerana,remaja masa kini lebih terdorong kea rah yang tidak baik. Semasa di sekolah, beliau banyak terlibat dalam kes-kes disiplin yang melibatkan pelajar. Salah satu kes yang tidak dapat beliau lupakan ialah apabila seorang pelajarnya yang terlibat dengan masalah sosial iaitu “black metal”. Beliau sangat bertungkus lumus dalam menyelesaikan masalah pelajar tersebut agar dapat kembali ke pangkal jalan. Beliau telah memberi bimbingan dan dorongan malah menjaga setiap perlakuan pelajar tersebut. Alhamdulillah, kini pelajar tersebut telah pun sedar dan menginsafi kesilapan nya. Pelajar nya itu kini sedang menyambung pengajian di salah sebuah universiti di luar Negara. Beliau berasa puas melihat perubahan yang dilakukan. Berdasarkan hasil temu ramah saya bersama beliau, beliau ada menyatakan “ anak-anak diibaratkan sebagai kain putih yang suci dan bersih dari segala kekotoran dan ibu bapa adalah insane yang paling bertanggungjawab dalam mencorakkan anak-anak itu. Apa yang kita didik anak-anak, itu lah yang akan mereka jadi”. Begitulah yang beliau  katakan. Beliau sendiri menyifatakan bahawa anak-anak masa kini perlu ada dorongan dan semangat dari ibu bapa terutamanya kerana dunia hari ini sudah tidak selamat lagi jika akhlak tidak dijaga dengan sebaik-baiknya. Oleh yang demikian berlaku lah gejala-gejala yang tidak diingini. Bushro menasihatkan kepada guru-guru atau pendidik di luar sana agar sentiasa bersabar dan berfikiran terbuka dalam menangani masalah yang berkaitan remaja kerana hanya dengan kesabaran segalanya akan mendapat pertolongan dari ALLAH. Guru juga perlu sentiasa bercakap dengan sopan dan kata-kata yang baik sebab guru ibarat ibubapa kedua agar para pelajar menjadi senang untuk mendampingi kita kalau ada masalah. Apapun yang kita lakukan, jadikan ALLAH tempat rujukan yang utama dan berdoalah agar ALLAH permudahkan segalanya.

Sumbangan
Guru ibarat pelita yang menerangi gelapnya malam. Seperti yang kita sedia maklum sumbangan guru ialah memberi ilmu pengetahuan. Ilmu yang member manfaat untuk hidup ini. Guru juga mendidik anak-anak pelajarnya dalam menjadi warganegara yang setia, cintakan Negara dan berguna.
Selain itu, guru turut menjalankan tanggungjawab dalam mempertingkatkan semangat para pelajar dengan kata-kata semangat. Mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi seperti mematuhi masa. Sebagai contoh, bushrodina, menerapkan para pelajarnya tentang kepentingan masa. Masa itu emas, itulah pesanan yang selalu beliau berikan pada pelajarnya.
Guru juga menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar semasa di sekolah.
Ini akan membuatkan pelajar lebih menghormati guru-guru. Di samping itu, guru juga menerapkan nilai-nilai akhlak dan agama yang baik agar pelajar tidak terdorong kepada gejala negatif. Guru mesti bertanggungjawab dan adil dalam segala keputusan yang dibuat supaya tidak menimbulkan rasa cemburu.
Pada masa kini,teknologi semakin membangun, jadi para guru perlu meluaskan pengertahuan dan bersikap intelek dan akan mendorong para guru untuk menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang banyak berubah. Sumbangan secara pemikiran ini sudah cukup untuk para guru agar dapat member contoh dan tunjuk ajar dengan sifat ingin tahu mereka.

Harapan
Setiap insan mempunyai harapan dalam melakukan sesuatu perkara, begitu juga dengan Bushro dina yang mempunyai harapan besar kepada para pelajarnya dan juga remaja di abad ini. Beliau sentiasa mengharapkan agar pelajar-pelajarnya sentiasa meletakkan ALLAh di tempat yang teratas dalam hidup mereka. Jadikan agama Islam sebagai panduan dalam hidup kerana tanpa asas yang kukuh, iman akan mudah goyah. Apatah lagi untuk insan yang bergelar remaja. Beliau juga mengharapkan agar remaja belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di dunia sekaligus mendapat kejayaan di akhirat juga. Bushro dina juda menyatakan ingin sekali beliau melihat anak-anak bangsa terutamanya yang beragama Islam berjaya menjadi seseorang yang ternama di persada antara bangsa menegakkan agama dan Negara. Malah, semua guru-guru di mana pun mengharapkan perkara yang sama dari pelajar.
Oleh itu, dalam sesi temu ramah beliau juga ada menyatakan “carilah ilmu hingga ke liang lahad kerana ilmu ALLAH sangat luas dari pelbagai aspek. Hanya dengan ilmu, insyaallah kita berjaya dalam kehidupan dan jadikan Al-Quran sebagai panduan untuk hidup. Iman  yang kukuh dapat membentuk akhlak yang mulia.

Penutup

PENUTUP


Kita sebagai manusia sebenarnya, sentiasa diuji oleh Allah, ini sebahagian kisah hidup Bushridina yang dapat dikongsi dan mungkin kita boleh menjadikan panduan dan teladan serta mengambil iktibar mana yang baik dan cuba elakkan mana yang buruk. Kita mesti berupaya menilai semula keadaan hidup kita, adakah kita telah berpuas hati dengan apa yang kita lalui selama ini atau kita makin lupa siapa kita. Oleh itu kita sama-samalah berusaha untuk mencari hidayah Allah demi kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat. Saling hormat menghormati dan saling bantu membantu sesame manusia, sekiranya ada diantara kita memerlukan bantuan, jangan kita sisihkan, bantu dan dekati mereka. Contohnya Bushrodina, kalaulah dia  tidak mengambil tindakan berat dalam menyelesaikan maslah remaja masa kini, kita keseluruhan umat Islam yang hampir dengannya adalah bersalah dengan membiarkan perkara seumpama ini berlaku. Sanggupkah kita dipersalahkan dan menanggung kekesalan yang tidak berkesudahan. fikir-fikirkan lah. Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran jauh dengan mengadunkan aspek - aspek kepelbagaian dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. Guru harus bijak mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Guru juga perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pelajar-pelajar nya. Moga jasa baik guru akan sentiasa dalam keredhaan ALLAH. Amin.


Bibliografi
·         Temu ramah dari Pn. Bushrodina dan suami.
·         Pengetua sekolah
·         Pelajar-pelajar sekolah tersebut