Saturday 26 February 2011


Cabaran yang dihadapi.
Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. Oleh kerana,remaja masa kini lebih terdorong kea rah yang tidak baik. Semasa di sekolah, beliau banyak terlibat dalam kes-kes disiplin yang melibatkan pelajar. Salah satu kes yang tidak dapat beliau lupakan ialah apabila seorang pelajarnya yang terlibat dengan masalah sosial iaitu “black metal”. Beliau sangat bertungkus lumus dalam menyelesaikan masalah pelajar tersebut agar dapat kembali ke pangkal jalan. Beliau telah memberi bimbingan dan dorongan malah menjaga setiap perlakuan pelajar tersebut. Alhamdulillah, kini pelajar tersebut telah pun sedar dan menginsafi kesilapan nya. Pelajar nya itu kini sedang menyambung pengajian di salah sebuah universiti di luar Negara. Beliau berasa puas melihat perubahan yang dilakukan. Berdasarkan hasil temu ramah saya bersama beliau, beliau ada menyatakan “ anak-anak diibaratkan sebagai kain putih yang suci dan bersih dari segala kekotoran dan ibu bapa adalah insane yang paling bertanggungjawab dalam mencorakkan anak-anak itu. Apa yang kita didik anak-anak, itu lah yang akan mereka jadi”. Begitulah yang beliau  katakan. Beliau sendiri menyifatakan bahawa anak-anak masa kini perlu ada dorongan dan semangat dari ibu bapa terutamanya kerana dunia hari ini sudah tidak selamat lagi jika akhlak tidak dijaga dengan sebaik-baiknya. Oleh yang demikian berlaku lah gejala-gejala yang tidak diingini. Bushro menasihatkan kepada guru-guru atau pendidik di luar sana agar sentiasa bersabar dan berfikiran terbuka dalam menangani masalah yang berkaitan remaja kerana hanya dengan kesabaran segalanya akan mendapat pertolongan dari ALLAH. Guru juga perlu sentiasa bercakap dengan sopan dan kata-kata yang baik sebab guru ibarat ibubapa kedua agar para pelajar menjadi senang untuk mendampingi kita kalau ada masalah. Apapun yang kita lakukan, jadikan ALLAH tempat rujukan yang utama dan berdoalah agar ALLAH permudahkan segalanya.

No comments:

Post a Comment